Rumah Klasik Kuantan
Assalamualaikum...
Setiap kali balik ke Kuantan, saya suka mencari tempat baru untuk saya merakam gambar. Jadi, setiap kali sebelum balik Kuantan, saya akan 'google' dahulu tempat-tempat menarik di Kuantan. Walaupun kami suami isteri memang asal sana, tetapi saya suka mencari tempat baru untuk kami terokai 😃.
Saya baru tahu mengenai Rumah Klasik Kuantan (RKK) atau dikenali juga sebagai Galeri Rakyat. Seperti biasa, saya akan tanya 'encik google' mengenai RKK. RKK yang beralamat di A106, Jalan Galing, 25000 Kuantan. Ia terletak berdekatan SK Galing. RKK mula dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2017.
Waktu operasi adalah seperti berikut;
Sabtu & Ahad (10 pagi - 6 petang)
Isnin - Jumaat (temujanji)
Harga Tiket;
Dewasa (RM4.00)
Warga Emas (RM2.00)
Kanak-kanak (RM2.00)
Pelajar Sekolah |beruniform| (RM1.00)
Oh ya..pada hari Isnin hingga Jumaat, RKK tidak dibuka kepada orang awam. Jika anda hendak ke sana, anda perlu membuat temujanji. Jadi saya terfikir satu idea untuk mengabdikan kenangan bersama keluarga di RKK. Sejujurnya, saya peminat barang-barang klasik tapi tidak lah jadi pengumpul 😆. Suka dengan barang lama dan suasana klasik. Nak nampak lagi cantik, saya berhubung dengan seorang photographer yang pernah juga merakam gambar sebuah keluarga di sana. Jadi, kami 'deal' hari dan waktu untuk satu sesi fotografi di sana.
Ini gambar kami sekeluarga ni RKK.
Mula-mula,kami ajak mak mertua, tetapi dia menolak. Katanya "nak tengok apa kat sana?" Rupanya, bila dah sampai sana, leka dia membelek majalah-majalah lama. Pastu, bila dah balik, mak cakap, sekejap je kami kat sana. Padahal sejam lebih juga kami di sana 😄. Tak terasa katanya.
Haaa...kan best dapat mengimbau kenangan lama. Okay, berbalik pada sesi fotografi, setelah tiba di sana, photographer 'briefing' tentang perjalanan penggambaran kami pada hari itu. Ewahhh...macam shooting drama plak ye 😁. Ini untuk memudahkan kami bergerak untuk menghasilkan 'cerita dalam gambar'. Dalam rumah ni, ada banyak sudut seperti ruang menonton keluarga, kedai runcit, balai polis, kedai kopi, bilik tidur, dapur, sekolah, kedai gunting rambut dan kedai jahit. Photographer sangat ramah dan dia akan shoot je gambar kita secara candid atau lakonan.
Ni konon-konon kami baru sampai ke kampung, disambut oleh mak mertua dan anak saudara.
Kerusi ni menggamit memori betul. Rumah arwah moyang saya dulu pun ada kerusi ni tapi warna oren kalau tak silap.
Ni sudut kedai runcit. Anak saudara saya kengkonon jadi cashier.
Nenek lepas gian main congkak ngn cucu.
Sudut balai polis. Konon tengah lodge report la tu 😅
Photographer pun cakap mak pandai berlakon.Kiki...pandai jugak mak mertua kite berlakon depan kamera kan..
Macam suasana di pagi raya kan?
Kami di bilik tidur. Katil di rumah arwah moyang saya dulu, jenis kayu yang besar tu.
Ni haa sudut kedai kopi. Dalam botol-botol air kat dinding tu masih ada air tau tapi dah expired la. Dah berpuluh tahun punya air tu.
Haa...ni part yang saya paling suka 😄 Tang ni saya pandai berlakon sebab memang dah hari-hari buat kan..Kikiki...
Di dapur. Satu bilik dengan kelas tadi sebenarnya. Barang-barang dapur betul-betul menggamit memori semasa kecil..Huhu...
Tin marjerin. Agaknya kalau kita simpan tin sardin sekarang, 20 tahun akan datang, dah jadi barang 'rare' kot ek? Tapi mampu ke nak simpan kat rumah? hihi...
Ke kedai gunting rambut plak kite. Dalam almari tu koleksi seterika, kamera, radio dan lampu dolu-dolu.
Tuan rumah siap hidangkan air dan kuih bahulu. Haaa....yang ni tak expired lagi ye. hihi..Mak siap tanya tempah kat mana bahulu tu sebab lembut dan sedap je katanya.
Berakhirlah sudah penggambaran kami selama 1 jam di RKK. Tujuan kami bukan hanya untuk menggamit memori, tetapi juga untuk tunjukkan pada anak-anak, barang-barang zaman dulu disamping merakam memori indah bersama keluarga di rumah ini.
Sebenarnya, tak puas kami berkunjung ke RKK sebab kami ke sana untuk sesi fotografi yang memakan masa 1 jam. Jadi, kami tak dapat nak tengok satu per satu barang-barang di situ dengan lebih 'detail'. Mungkin akan ke sana lagi nanti untuk membelek satu per satu barang-barang rare di RKK..hihi
Kepada anda yang sukakan barang klasik atau nak menggamit memori, bolehlah berkunjung ke RKK. Nak lagi best, bawalah mak,ayah serta atuk dan nenek. Mereka pasti teruja melihat barang-barang zaman mereka dahulu.
Sekian, lots of love.
Comments
Post a Comment