Coffee Trip Part 1
Assalamualaikum...
Kali ini, saya akan menceritakan pengalaman seharian kami 'mengopi' 😁
Encik suami sudah seminggu terperap sahaja di rumah kerana Allah menguji dengan kesihatan yang tidak baik. Pada hari Jumaat, Allah telah mengembalikan kesihatan kepadanya. Maka, dia mengajak kami untuk keluar mencari tempat yang boleh kami terokai 😃
Setelah perbincangan dibuat, kami mengambil keputusan untuk ke Kluang.
Sebenarnya sudah lama kami mahu ke Kluang tetapi bukan dengan menaiki kereta. Kami mahu menaiki keretapi. Mahu memberi pengalaman anak - anak menaiki keretapi.
Kami segera ke Stesen Keretapi Kempas Baru. Setibanya kami di sana, petugas yang menjual tiket memberitahu bahawa tiket untuk keesokan pagi sudah habis. Anak - anak sudah teruja mahu menaiki keretapi. Kami tidak dapat naik keretapi di stesen ini, jadi saya curi - curi ambil gambar di stesen ini untuk simpanan peribadi.
Stesen Keretapi Kempas Baru |
Kami segera ke JB Sentral pula. Manalah tahu kalau ada rezeki di sana 😆 Petugas di sana juga memberitahu kami bahawa tiket pagi ke Kluang telah habis. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan anak-anak yang sudah teruja mahu menaiki keretapi, saya mencadangkan kepada suami agar kami menaiki bas ekspres ke Kluang dan balik semula ke JB dengan menaiki keretapi. Suami bersetuju dan kami pergi semula ke kaunter tiket untuk membeli tiket dari Kluang ke JB Sentral. Kami bernasib baik kerana tiket dari Kluang ke JB Sentral masih ada 😉
Harga tiket keretapi dari Kluang ke JB Sentral
RM 14.00 (Dewasa)
RM 11.00 (Kanak-kanak)
Jika anda menaiki keretapi dari Kluang ke Kempas, harga tiket ialah RM13.00. Hanya beza RM1.00 sahaja 😄
Setelah mendapat tiket keretapi, kami menuju ke Larkin Sentral pula. Suami hanya beli 4 tiket. Kononnya si adik boleh duduk di ribaan kami sahaja. Untuk bas ekspres, rupanya tiada beza harga dewasa dan kanak-kanak. Dari Larkin Sentral ke Kluang, tiket berharga RM10.80 untuk seorang. Tiket pergi dan balik menaiki public transport settled. Dengan segera, kami call Uncle Eddy. Uncle Eddy adalah tourist guide di Kluang. Disebabkan dia sudah ada customer, jadi dia pass pada kawan dia iaitu Uncle Alan. Kalau ikutkan saya, saya prefer jalan kaki, explore sendiri tempat orang. Tetapi kerana memikirkan esoknya anak-anak perlu bersekolah dan kami perlu keluar rumah dari pagi sampai malam, jadi saya relakan sahaja kami hire tourist guide 😃
Harga untuk tourist guide adalah berbeza mengikut jam. Oleh kerana kami mengambil service Uncle Alan dari pagi, kami dikenakan cas sebanyak RM120.00. Jika anda menaiki keretapi, anda akan sampai ke Kluang pada pukul 11.00 pagi. Service tour guide yang bermula pukul 12.00 tengah hari, hanya dikenakan RM100 sahaja.
Oleh kerana encik suami beli tiket bas pada pukul 8.30 pagi. Jadi kami perlu keluar dari rumah pada pukul 7.30 pagi. Plan asal, kami mahu park kereta di JB Sentral tetapi kerana masa yang tidak mengizinkan, kami terpaksa park kereta kami di Larkin Sentral. Ini pengalaman pertama kami sekeluarga menaiki bas ekspres. Anak-anaklah yang paling teruja. Kami menaiki bas S&S International Express. Ibu dan ayah dah selalu sangat naik bas ekspres masa muda belia dulu 😄 Bagi peluang anak-anak merasa pula. Dekat pun jadi la kan.
Kami di Larkin Sentral, sementara menunggu ketibaan bas. Berbekalkan sebotol kopi dan sebekas fettuccine aglio olio. |
Naik sahaja bas, bukan setakat anak-anak, kami pun 'jakun' 😄 Mana tak nya, sangat berbeza dengan bas ekspres yang kami naiki beberapa belas tahun yang lalu. Kalau dulu, sangat tidak selesa duduk disebelah penumpang yang tidak dikenali kerana seat sempit dan sangat rapat. Kadang-kadang, kalau dapat penumpang sebelah yang 'kaki tidur', selalu juga bahu kita dijadikannya bantal 😭
Luas dan selesa seat bas ni. Di tengah - tengah siap ada divider. Kalau anda naik berseorangan, tak perlu risau lagi dihimpit orang yang tidak dikenali di sebelah 😃
Anak-anak memasing nak duduk di kerusi sendiri. Si adik, walaupun tiada seat untuk dia, dia berkeras tak nak duduk di ribaan kami. Nasib baik penumpang tak penuh. Jadi, mereka bolehlah duduk di seat kosong yang ada.
Kami tiba di Terminal Pengangkutan Awam Bandar Kluang pada pukul 10.00 pagi. Setibanya kami di sana, Uncle Alan menelefon encik suami. Tau - tau je dia yang kami sudah sampai 😁 Uncle Alan tiba dengan sebuah Avanza. Soalan pertama yang ditanya ialah kami nak makan di mana? Sama ada mahu makan di Kluang Rail Coffee yang besar atau di stesen keretapi. Katanya, kalau di stesen keretapi, tempatnya kecil dan sempit. Memandangkan kami pergi pada hari Sabtu, Kluang Rail Coffee memang sesak dan perlu beratur lama. Jadi kami memilih untuk makan di cawangannya yang tidak jauh dari terminal. Sesampainya di sana, seperti dijangka, meja penuh. Kami terpaksa menunggu beberapa minit untuk mendapatkan meja. Uncle Alan sangat membantu. Dialah yang mencarikan kami meja.
Sementara menunggu |
Bagi saya, apa yang menarik di Kluang Rail Coffee adalah roti bakar dan kopinya. Memang sudah lama kami tak makan begini. Dalam usaha menurunkan berat badan encik suami dan abang Afiq, makanya ibu perlu menjaga diet kami sekeluarga 😂
Disebabkan line internet agak slow kebelakangan ini, kita sambung cerita Coffee Trip kami di Part 2 ye.
Lots of LOVE.
Comments
Post a Comment