Coffee Trip Part 2
Setelah setengah jam kami bersarapan di Kluang Rail Coffee, kami menghubungi Uncle Alan untuk mengambil kami. Uncle Alan membawa kami ke Gunung Lambak. Katanya, Gunung Lambak adalah salah satu tempat tumpuan di Kluang.
Kami dalam Avanza Uncle Alan.
Kami di kaki Gunung Lambak.
Pada mulanya, kami teragak - agak juga kerana waktu sudah menghampiri pukul 12 tengahari. Ye lah,, nak pergi ke gunung tengahari buta, macam tak logik kan? Sesampainya kami di sana, masih ramai pengunjung terutama mereka yang hiking. Ada yang sudah turun, ada juga yang baru nak naik. Ada dua laluan untuk ke atas. Untuk yang nak hiking, mereka menggunakan laluan hutan tapi kami hanya mendaki melalui laluan bersimen. Terdapat water park di kaki gunung tetapi waktu itu, water park tidak beroperasi. Mungkin ditutup buat sementara waktu.
Apa yang unik? Batang pokok tersebut menjalar dan melekap pada batang pokok yang lain.Tapi ada juga yang tak melekap. Tapi...eh,,,memang unik la ciptaan Allah. Tiada apa yang meragukan.
Sepanjang mendaki, anak - anak teruja dapat berlari di kawasan yang luas. Walaupun waktu tengahari, pepohon yang tinggi meredupkan suasana. Kami dihiburkan dengan deruan sungai dan kicauan burung. Walaupun cuaca agak panas, sesekali tiupan angin menyegarkan kami seakan memberi semangat supaya terus mendaki ke atas 😁 Mendengar bunyian alam membantu meningkatkan aura positif kan? Sepanjang perjalanan ke atas, kami terjumpa ulat gonggok yang saiznya lebih besar dari yang biasa kita jumpa. Kami juga dapat menyaksikan pokok yang unik (sila lihat pada gambar). Akhirnya, kami tiba di pengakhiran laluan bersimen. Di situ terdapat mini air terjun. Seronok anak - anak dapat rendam kaki. Sejuk betul airnya. Anak - anak semangat juga mahu naik ke atas lagi, tetapi disebabkan trip ini bukan hiking trip, jadi kami panggil mereka turun.
Bawah jambatan gantung ni ada sungai tapi cetek je sewaktu kami ke sana.
Setelah puas bergambar dan berbicara dengan alam, kami ke kilang kopi pula. Pada mulanya, Uncle Alan ingin membawa kami ke restoran Bawah Kolong. Katanya, sebab dah tengahari, mesti kami lapar, terutama anak - anak, mesti nak makan nasi. Kami masih kenyang sebenarnya kerana baru juga makan sebelum ke Gunung Lambak kan. Mana mungkin dapat isi lagi perut dengan nasi. Bawah Kolong adalah kedai nasi campur. Uncle Alan kata tempat makan viral tu. Kami ni, bab makan, kami tak kisah sangat kerana kami bukan 'food hunter'. Anak - anak pun dah terbiasa. Ke mana kami pergi, makan je apa yang ada.
Sampai sahaja di Kluang Coffee Factory (Cap Televisyen) , sayalah yang paling teruja. 'Coffee lover' kan 😁 Di situ, kita boleh minum kopi secara percuma, cicah biskut kering. Bercawan - cawan kami minum. Kemudian, Uncle Alan bawa kami ke bahagian belakang, tempat memproses kopi. Malangnya, waktu itu mereka hanya kerja separuh hari. Kami hanya dapat melihat mereka sedang mencuci mesin dan lantai. Kami juga dapat menyaksikan bagaimana pekerja di situ membungkus paket kopi. Leka juga kami memerhatikan mereka bekerja. Selesai sesi bergambar di bahagian belakang, kami masuk semula untuk membeli kopi. Terdapat perlbagai jenis kopi yang telah proses dan siap di paket.
Kopi ni boleh ambil secara percuma je ye.
Jika anda mahukan minuman lain,ada juga di sini ye. Tapi kena bayar la ye.
Proses pembungkusan kopi sedang dijalankan.
Walaupun panas, ibu paksa untuk ambil gambar 😃
Ada macam 'tokey' kilang tak? 😄
Saya sempat la menonton TV menggunakan TV ni. Katanya, zaman dulu rumah yang ada TV ni, orang kaya. 😂 Saya selalu kerana marah dengan arwah nenek kerana suka main buka tutup pintu 'sliding' TV tu 😄
Sudah puas di kilang kopi, kami meminta Uncle Alan untuk menghantar kami ke Kluang Mall. Di sana, kami solat dan berehat sementara menunggu petang. Kerana tiada kerusi untuk kami melepas lelah, kami membuat keputusan untuk ke KFC. Jadi, kami boleh makan sambil merehatkan kaki dan badan.
Pukul 4.00 petang, kami menghubungi Uncle Alan. Dia beria - ia ingin membawa kami ke Laman Kreatif Kluang. Katanya, kebiasaan pengunjung yang dia bawa memang akan minta dia bawa mereka ke sana tetapi kerana kami sudah agak letih 'mendaki' di Gunung Lambak, tiada lagi mood untuk anak - anak bergambar. Uncle Alan ingin membawa kami makan cendol pula. Alamak! Kami dah makan di KFC jadi tak nak dengar pasal makan lagi. Hihi..
Oleh kerana banyak cadangan Uncle Alan yang kami 'reject', cadangan yang terakhir, terpaksa kami terima. Sebenarnya, saya hanya mahu ke stesen kereta api dan duduk santai di sana sambil menikmati kopi sambil menunggu keretapi pulang ke JB. Kerana desakan Uncle Alan untuk menunjukkan kepada kami gerai jemput - jemput viral di Kampung Melayu, kami ikutkan saja. Kami fikirkan apalah sangat yang viral hanya kerana jemput - jemput. Rupanya bukan kerana jemput - jemput itu tetapi kerana si penjual jemput - jemput, Pak Cik Mail.
Ini Pak Cik Mail.
Sambil menggoreng, Pak Cik Mail suka berborak dengan pelanggannya.
Tengoklah dulang jemput - jemput tu, sentiasa kosong. Perlu menunggu yang lain.
Brader tu nak goreng sendiri jemput - jemput. Pak Cik Mail berikan kuali dan minyak. Nanti dia boleh bawa balik jemput - jemput yang dia goreng tanpa perlu bayar. Free aje.
Tengok kotak mineral tu. Setiap pelanggannya, Pak Cik Mail akan suruh ambil sebotol mineral tu.
Uniknye jemput - jemput Pak Cik Mail kerana terdapat pelbagai perisa yang jarang kita temui seperti jemput - jemput nangka, tembikai susu, jagung, dan beberapa jenis lagi. Yang istimewanya, hanya 10sen sebiji. Di gerai Pak Cik Mail 'self-service' tau. Kita ambil berapa yang kita nak dan kita sendiri letakkan duit di dalam bekas duit yang disediakan. Pak Cik Mail tak tengok pun berapa duit yang pelanggan letakkan. Die hanya menggoreng jemput - jemputnya sambil berborak dengan pelanggannya yang masih beratur menanti jemput - jemputnya. Kita juga akan dapat air mineral percuma. Itupun kita ambil sendiri di dalam kotak yang Pak Cik Mail sediakan. Lagi uniknya di gerak ini, Pak Cik Mail akan bertanya kepada setiap pelanggannya jika ada yang mahu menggoreng sendiri jemput - jemput. Jika kita sendiri yang menggoreng, Pak Cik Mail ada sediakan kuali khas untuk pelanggang menggoreng sendiri dan jemput - jemput tersebut kita boleh ambil bawa balik secara percuma. Hebatkan Pak Cik Mail. Seronok kami dapat mengenali insan seperti Pak Cik Mail.
Tepat pukul 5.00 petang, kami terus ke Stesen Kereta Api Kluang. Orang ramai beratur menunggu giliran tempat duduk di Kluang RailCoffee. Uncle Alan berusaha mencari tempat buat kami. Setelah setengah jam mundar mandir di sana, akhirnya kami dapat tempat duduk untuk minum bersama Uncle Alan sebelum kami pulang. Seronok juga dapat bercerita dengan Uncle Alan sambil 'mengopi'. Sempat juga saya beli 2 paket kopi Kluang RailCoffee. Kopi lagi... 😂 Sebab itulah saya namakan trip ini Coffee Trip sebab seharian minum kopi, beli kopi. Hihi...
Saya sukakan nilai klasik pada bangunan ini.
Akhirnya, kereta api kami tiba dan kami mengucapkan selamat tinggal kepada Uncle Alan. Ini pengalaman pertama anak - anak menaiki kereta api. Seronoknya mereka kerana seat kami di bahagian hadapan koc jadi mereka tidaklah rasa terhimpit oleh seat. Sangat selesa walaupun perjalanan tidak jauh. Plastik disediakan di setiap seat untuk orang yang ada 'travel sickness' macam saya. Meja juga ada di setiap seat, sama seperti di dalam kapal terbang.
Seronok kami dapat seat depan sekali.
Plastik yang diselitkan di setiap seat.
Keretapi api menuju ke JB sudah tiba.
Sampai sahaja di JB Sentral, kedua 'phone' kami habis bateri. Terpaksalah kami menaiki teksi 'instead of' Grab untuk ke Larkin Sentral kerana kami 'park' kereta di sana. Masuk sahaja kereta, anak - anak terus lena. Keletihan seharian berjalan.
Itu sahajalah catatan saya untuk "Coffee Trip" yang sudah tertangguh lama. Jika ada yang mahu ke Kluang dan inginkan perkhidmatan Uncle Alan, boleh hubungi (012-6078168). Baya
ran yang dikenakan adalah RM120. Jika anda ke Kluang dengan menaiki kereta api, bayaran hanya RM100 kerana anda tiba dalam pukul 12.00 tengah hari. Kiranya, servis mereka bermula dari pukul 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang.
Ini dia Uncle Alan (tour guide) kami.
Lots of LOVE.
Comments
Post a Comment