Posts

Coffee Trip Part 2

Image
Setelah setengah jam kami bersarapan di Kluang Rail Coffee, kami menghubungi Uncle Alan untuk mengambil kami. Uncle Alan membawa kami ke Gunung Lambak. Katanya, Gunung Lambak adalah salah satu tempat tumpuan di Kluang.  Kami dalam Avanza Uncle Alan. Kami di kaki Gunung Lambak. Sebelum memulakan langkah mendaki Gunung Lambak. Pada mulanya, kami teragak - agak juga kerana waktu sudah menghampiri pukul 12 tengahari. Ye lah,, nak pergi ke gunung tengahari buta, macam tak logik kan? Sesampainya kami di sana, masih ramai pengunjung terutama mereka yang hiking. Ada yang sudah turun, ada juga yang baru nak naik. Ada dua laluan untuk ke atas. Untuk yang nak hiking, mereka menggunakan laluan hutan tapi kami hanya mendaki melalui laluan bersimen. Terdapat water park di kaki gunung tetapi waktu itu, water park tidak beroperasi. Mungkin ditutup buat sementara waktu. Ulat gonggok besar giler. Tak pernah lagi kami jumpa ulat gonggok besar macam ni 😅 Uncle Alan menunjukkan pada kami pokok yang un...

Coffee Trip Part 1

Image
Assalamualaikum... Kali ini, saya akan menceritakan pengalaman seharian kami 'mengopi' 😁 Encik suami sudah seminggu terperap sahaja di rumah kerana Allah menguji dengan kesihatan yang tidak baik. Pada hari Jumaat, Allah telah mengembalikan kesihatan kepadanya. Maka, dia mengajak kami untuk keluar mencari tempat yang boleh kami terokai 😃 Setelah perbincangan dibuat, kami mengambil keputusan untuk ke Kluang.  Sebenarnya sudah lama kami mahu ke Kluang tetapi bukan dengan menaiki kereta. Kami mahu menaiki keretapi. Mahu memberi pengalaman anak - anak menaiki keretapi. Kami segera ke Stesen Keretapi Kempas Baru. Setibanya kami di sana, petugas yang menjual tiket memberitahu bahawa tiket untuk keesokan pagi sudah habis. Anak - anak sudah teruja mahu menaiki keretapi. Kami tidak dapat naik keretapi di stesen ini, jadi saya curi - curi ambil gambar di stesen ini untuk simpanan peribadi. Stesen Keretapi Kempas Baru Kami segera ke JB Sentral pula. Manala...

G2G Animal Garden MAEPS

Image
Assalamualaikum.. Agak lama menyepi kerena sesi persekolah sudah bermula. Seronokkan,,,dah masuk tahun 2020. Masa kecik dulu selalu nyanyi lagu Wawasan 2020. Masa diploma pun kena hafal apa yang terkandung dalam Wawasan 2020. Nasib baik masa degree dah tak perlu hafal.hihi..Akhirnya sampai juga kita ke tahun 2020 😊 Sebelum cuti sekolah tamat, kami suami isteri baru terfikir nak bawa anak - anak berjalan. Tahu tak? Sebelum tu, kami ke satu kedai di BBU (Bandar Baru Uda). Motif asal nak beli makanan ikan je. Masuk je dalam kedai, terlupa niat asal sebab tengok banyak sangat terumbu karang yang cantik - cantik. Anemone pun ada. Agak lama juga kami di situ. Owner kedai pun seorang yang tak kedekut ilmu. Dia bercerita pada kami serba sedikit tentang penjagaan dan pemakanan terumbu karang tu. Sambil tu, anak - anak seronok juga melihat ikan - ikan dalam aquarium di situ. So , kami terfikir la untuk bawa mereka ke Aquaria KLCC. Kami pernah pergi ke sana tapi waktu tu, Ammar & si...