Coffee Trip Part 2
Setelah setengah jam kami bersarapan di Kluang Rail Coffee, kami menghubungi Uncle Alan untuk mengambil kami. Uncle Alan membawa kami ke Gunung Lambak. Katanya, Gunung Lambak adalah salah satu tempat tumpuan di Kluang. Kami dalam Avanza Uncle Alan. Kami di kaki Gunung Lambak. Sebelum memulakan langkah mendaki Gunung Lambak. Pada mulanya, kami teragak - agak juga kerana waktu sudah menghampiri pukul 12 tengahari. Ye lah,, nak pergi ke gunung tengahari buta, macam tak logik kan? Sesampainya kami di sana, masih ramai pengunjung terutama mereka yang hiking. Ada yang sudah turun, ada juga yang baru nak naik. Ada dua laluan untuk ke atas. Untuk yang nak hiking, mereka menggunakan laluan hutan tapi kami hanya mendaki melalui laluan bersimen. Terdapat water park di kaki gunung tetapi waktu itu, water park tidak beroperasi. Mungkin ditutup buat sementara waktu. Ulat gonggok besar giler. Tak pernah lagi kami jumpa ulat gonggok besar macam ni 😅 Uncle Alan menunjukkan pada kami pokok yang un...