Posts

Showing posts from March, 2020

Coffee Trip Part 1

Image
Assalamualaikum... Kali ini, saya akan menceritakan pengalaman seharian kami 'mengopi' 😁 Encik suami sudah seminggu terperap sahaja di rumah kerana Allah menguji dengan kesihatan yang tidak baik. Pada hari Jumaat, Allah telah mengembalikan kesihatan kepadanya. Maka, dia mengajak kami untuk keluar mencari tempat yang boleh kami terokai 😃 Setelah perbincangan dibuat, kami mengambil keputusan untuk ke Kluang.  Sebenarnya sudah lama kami mahu ke Kluang tetapi bukan dengan menaiki kereta. Kami mahu menaiki keretapi. Mahu memberi pengalaman anak - anak menaiki keretapi. Kami segera ke Stesen Keretapi Kempas Baru. Setibanya kami di sana, petugas yang menjual tiket memberitahu bahawa tiket untuk keesokan pagi sudah habis. Anak - anak sudah teruja mahu menaiki keretapi. Kami tidak dapat naik keretapi di stesen ini, jadi saya curi - curi ambil gambar di stesen ini untuk simpanan peribadi. Stesen Keretapi Kempas Baru Kami segera ke JB Sentral pula. Manala...