Rumah Klasik Kuantan
Assalamualaikum... Setiap kali balik ke Kuantan, saya suka mencari tempat baru untuk saya merakam gambar. Jadi, setiap kali sebelum balik Kuantan, saya akan 'google' dahulu tempat-tempat menarik di Kuantan. Walaupun kami suami isteri memang asal sana, tetapi saya suka mencari tempat baru untuk kami terokai 😃. Saya baru tahu mengenai Rumah Klasik Kuantan (RKK) atau dikenali juga sebagai Galeri Rakyat. Seperti biasa, saya akan tanya 'encik google' mengenai RKK. RKK yang beralamat di A106, Jalan Galing, 25000 Kuantan. Ia terletak berdekatan SK Galing. RKK mula dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2017. Waktu operasi adalah seperti berikut; Sabtu & Ahad (10 pagi - 6 petang) Isnin - Jumaat (temujanji) Harga Tiket; Dewasa (RM4.00) Warga Emas (RM2.00) Kanak-kanak (RM2.00) Pelajar Sekolah |beruniform| (RM1.00) Oh ya..pada hari Isnin hingga Jumaat, RKK tidak dibuka kepada orang awam. Jika anda hendak ke sana, anda perlu membuat temujanji. ...